Tajuk:Fiqh Muwatonah: Negara & Kewarganegaraan
ISBN: 9789671471715
Penerbit: Ahlamuna Publication
Penulis:Dr.Yusuf Al-Qaradawi
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama Januari, 2017
Muka Surat: 218
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.250
Dimensi (cm): 19cm x 13.7cm x 1.2cm
===========================
SINOPSIS / SARI RANSANG
Apakah defini tanah air bagi seseorang?
Bolehkah sebuah negara muslim menerima kewarganeraan bukan muslim?
Apakah kaitan antara patriotisme, nasionalisme, dan kewarganeraan?
Apakah pandangan agama terhadap isu ini?
Temui jawapannya dalam buku ini.
“Pastikan terjemahannya tepat dan dirujuk kepada yang ahli.” Begitu lebih kurang maksud pesanan melalui whatsapp dari Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika kami menyampaikan hasrat untuk menterjemah dan menerbitkan buku beliau ini. Sungguh, satu amanah yang sangat besar.
Kami berterima kasih kepada para asatizah (semoga Allah merahmati dan memberkati amal dan umur mereka) yang sangat banyak membantu dan menasihati kami dalam proses penterjemahan dan penerbitan buku ini.
Perjalanan kami mencari buku rujukan berkenaan FIQH MUWATONAH (fikah kewarganegaraan) menemukan kami dengan buku karangan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi ini. Ketika itu dan saat ini, negara kita sedang semarak membincangkan tema tersebut.
Kami berterima kasih kepada sahabat yang sudi meminjamkan kami naskhah Bahasa Arab kepunyaan beliau.
Buku ini mengandungi tiga bab.
Bab pertama: membincangkan sekitar definisi tanah air dan kewarganegaraan.
Bab kedua: membincangkan kedudukan Muslim dan Non-Muslim dalam Negara Islam.
Bab ketiga: membincangkan kedudukan kewarganegaraan Muslim dalam Negara Non-Muslim.
Buku ini tidak memberikan semua jawapan. Tetapi, bagi kami, cukup untuk memulakan perjalanan mencari kebenaran di atas kesabaran.
Terjemahan kami jauh dari kesempurnaan. Sekiranya para pembaca budiman mendapati kebaikan didalamnya, kami pulangkan kepada Takdir Yang Maha Esa. Segala kekurangan yang ada, kami menghulurkan kedua belah tapak tangan untuk menerima segala teguran dan nasihat.
Selamat memiliki dan menikmati buku ini.
=================================================================
ISI KANDUNGAN
PRAKATA
MUQADDIMAH
PENGENALAN
Pengenalan Negara dan Kewarganegaraan
Negara dan Kewarganegaraaan
Cinta Tanahair adalah Fitrah
Ujian Keluar daripada Tanahair
Adakah Mungkin untuk Menukar Tanahair?
Adakah Boleh Memiliki Beberapa Kewarganegaraan?
FASAL PERTAMA:
KEWARGANEGARAAN MUSLIM DAN BUKAN-MUSLIM DALAM MASYARAKAT MUSLIM
Sempadan Geografi
Kewarganegaraan Pada Zaman Rasulullah S.A.W
Teks Piagam (Perlembagaan Madinah)
Noktah-noktah datipada Piagam Madinah
Beberapa Komentar Penting
Perjanjian Damai dengan Penganut Kristian Najran
Negara Setempat dan Negara Islam Terbesar
Antara Intima' (Penggabungan) Masa Dulu dan Hari Ini
Gambaran-gambaran Menarik di dalam Fiqh Islam
Kata-kata Bernard Lewis
Bukan-Muslin di dalam Masyarakat Muslim yang Bergabung dengan Negara Islam
Persaudaraan Kenegaraan
Bilakah Berlaku Ketidakjelasan dalam Isu Patriotisme dan Kewarganegaraan
Pendirian Tokoh Islah tentang Kewarganegaraan
Hasan Al-Banna: Pendirian Beliau Terhadap Nasionalisme dan Kewarganegaraan
Nasionalisme dan Kewarganegaraan
Nasionalisme yang Diterima dan Nasionalisme yang Ditolak
Kesatuan Berasaskan Nasionalisme dan Perbezaan Agama
Mesir Menurut Sudut Pandang Ustaz Hasan Al-Banna
Pendirian Al-Maududi Terhadap Nasionalisme dan Kewarganegaraan
Komentar Terhadap Unsur-unsur Kebangsaan (dan Nasionalisme dari Sudut Logik Akal
Sudut Pandang Islam yang Syumul dan Lengkap
Agama untuk Allah S.W.T dan Negara untuk Semua
FASAL KEDUA:
KEWARGANEGARAAN MUSLIM DI DALAM MASYARAKAT BUKAN-MUSLIM (MINORITI MUSLIM)
Pendirian Muslimin di dalam Masyarakat Bukan-Muslim
Hukum Menetap di Negara Bukan-Muslim
Orang Islam yang Berhijrah ke Habsyah dan Tinggal di bawah Naungan Pemerintahan Bukan-Islam
Syubhat yang Timbul Sekitar Isu Menetap di Negara Bukan-Islam
Hadis:
"Aku melepaskan diri daripada setiap Muslim yang tinggal bersama-sama dengan orang musyrikin", para sahabat berkata: "Kenapa wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Aku tidak melihat api mereka."
Hadis:
"Sesiapa yang berkumpul dengan musyrik, tinggal bersama mereka maka dia seperti mereka."
Pandangan Terhadap Perkara yang Ditunjukkan dalam Hadis-Hadis Ini
Penyebaran Dakwah dan Pengukuhan Orang yang Menerima Dakwah Perlu kepada Menetap di negara Bukan-Muslim
Menjadi Warganegara Negara-negara Eropah
Adakah Barat Menerima Orang Islam sebagai Warganegara dan Memberi Mereka Hak-hak seperti Orang Lain?
Kemunculan Falsafah Ultra Konservatif di Perancis
Noktah untuk Diperhatikan
Fasa Sementara Selepas Peristiwa 11 September
Isu Hijab di Perancis
Pendirian Majlis Fatwa Eropah
SISIPAN
Teks Piagam Madinah Bahasa Arab
Teks Perjanjian Damai dengan Najran
=================================================================================
ULASAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum, majoritinya ialah Melayu, Cina dan India di Semenanjung. Di Sabah Sarawak pula tidak kurang juga dengan kepelbagaian kaum yang menetap disana seperti Iban, kadazan dan kaum - kaum asal yang lain. Ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik kerana berjaya membentuk sebagai negara bersatu didalam kepelbagaian.
Namun begitu, masih ada juga persoalan - persoalan mengenai kesatuan ini yang mampu membentuk sebuah negara. Contohnya persoalan dari segi patriotisme, nasionalisme dan kewarganegaraan. Buku ini mampu sedikit sebanyak menjawab persoalan yang berbangkit dan disertakan sekali dengan pandangan Islam terhadap persoalan - persoalan ini.
Buku ini juga akan mengupas tentang Piagam Madinah yang diwujudkan oleh Rasulullah S.A.W setelah baginda berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah. Sekiranya kita teliti bali kpiagam tersebut. Ianya cukup lengkap untuk menjadi suatu pegangan dan asas kenegaraan kepada negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan agama. Amat disyorkan kepada rakyat Malaysia untuk baca buku ini terlebih dahulu sebelum mengeluarkan "statement"-"statement" yang berkaitan dengan kerakyatan, hak seseuatu kaum dan perkara - perkara yang menyentuh bab perkauman dan keagamaan.
- sumber: H2413