Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Nur Hazrul, Wan Rohani
Muka Surat: 100
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.135kg
Dimensi (cm): 21cm x 14.5cm x 1cm
Buku FANN AL-KHATABAH WA MAHARAT AL-ILQA' membincangkan mengenai asas-asas kepada salah satu seni bercakap dalam bahasa Arab iaitu seni berpidato atau berucap di hadapan khalayak. Buku ini mengumpulkan teori-teori berkaitan seni berucap sama ada daripada sumber berbahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Al-Khatabah mengikut Abdul Jalil Syalabiy bermaksud kaedah-kaedah yang membimbing seseorang dalam berucap di hadapan khalayak dengan cara penyampaian atau persembahan yang bertujuan meyakinkan dan mempengaruhi.
Buku ini mengandungi teori-teori umum berkenaan ucapan dan juga pemidato yang menyampaikan ucapan. Buku ini juga menghuraikan keperluan-keperluan asas bagi seseorang pemidato antaranya gaya bahasa, bahan bantu, penggunaan bahasa badan, pergerakan, memek muka, kontak mata dan kemahiran menarik perhatian audiens supaya dapat menjadi pemidato yang cemerlang.