ISBN: 9789672796046
Penerbit: Kata Pilar (M) Sdn Bhd
Muka Surat: 252
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.295 kg
Dimensi (cm): 19.6cm x 13cm x 1.5cm
Malang sentiasa tak berbau.
Bas jatuh ke dalam gaung. Kilang meletus, asap dan jelaga menyelubung. Sungai diracun. Di negara orang, perang meletus. Pesawat hilang di udara. Sekali-sekala gempa bumi menggegar alam.
Sekelip mata, nasib manusia berubah. Kehilangan harta, nyawa. Trauma mengekori dan menghantui.
Kita hanya sedar apabila mendengar pembaca berita melapor teks di teleprompter, kaku. Di zaman media sosial, kita baca komen dan tonton video yang berlegar, hanya mampu menggeleng kepala.
Bagaimana jika kita berada di sana, di tempat mereka?
Naskhah ini menghulurkan sudut-sudut pandang mereka yang pernah berdepan situasi getir pelbagai jenis bencana. Ada yang benar-benar menjadi mangsanya. Ada doktor yang menguruskan rawatan. Ada pula wartawan, mengumpul bahan di lokasi.
Nah, pakailah kasut mereka, baca apa yang terlihat di mata. Sejauh mana kita boleh menanggung segala emosi yang tersayat di indera mereka?