Di Bawah Ketiak Amerika (KOPI) (L131)

RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.15 kg
9789671352397
4 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 9789671352397
Jumlah Muka Surat: 192
Berat (Kg): 0.15
Penulis: Raffle Nour
===========================

 

Ini bukan cerita tentang aku. Ini cerita tentang mereka.

 

Oh ya, lupa aku tentang mereka. Mereka Amareka. Konsonan sama, sebutan tidak jauh berbeza. Kerana Amareka itu tamsilnya sebagai Mereka. Amareka yang aku pandang sebagai mereka. Kerana mereka adalah mereka. Dan aku adalah aku.

 

Buku ini bertujuan mahu menggantikan ensiklopedia – menjelaskan dari mula sampai ke akhirnya bagaimana Amerika boleh menjadi begitu hebat dan kini bertukar menjadi ‘kiblat’ umat kita. Tetapi buku ini bertujuan memberi pencerahan bagaimana empayar kapitalisme dan liberal demokrasi Amerika ini tidaklah sehebat yang kau dan aku sangka.

 

Buku ini aku tujukan khas buat mereka yang buta dan keliru.

 

Si buta yang dibutakan dengan kehebatan Amareka. Si keliru yang keliru dengan apa yang jadi di depan mata. Buku ini juga aku tujukan buat mereka yang mahu tahu.

 

Yang mahu tahu kenapa masih ada lagi umat kita yang keliru. Keliru bila kelabu. Kelabu bila keliru. Kerana hakikatnya kita manusia, hanya mahu HITAM PUTIH.