Devil's Partner (R10,Y4,G4)

RM27.00
Price in points: 27 points
Weight: 0.39 kg
9789838222686
71 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Devil's Partner
ISBN: 9789838222686
Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: Missliluna
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 486
Halaman: Hitam dan Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.390 kg
Dimensi (cm): 11.5 cm x 18 cm x 2 cm
 
SINOPSIS
 
Ditikam belakang, dimanipulasi, diperdaya.

Dunia ini sebuah lakonan. Tiada kebenaran, hanya penipuan. Permainan yang diciptakan demi kejatuhan telah menjerat mereka ke dalam perangkap satu sama lain.

Mutiara Seroja, digelar Pearl. Dibesarkan oleh sebuah legasi gangster berkelas tinggi. Hidup bagaikan seekor anjing. Litar kehidupannya ini telah mematikan hati Pearl untuk mencintai dan dicintai setelah mengharungi pelbagai ancaman hidup.

“I've warn you once the fact that you'll never be able to escape from me. Kau akan sentiasa berada di bawah kaki aku.” – Pearl

Segalanya mula berubah setelah kehadiran seorang playboy yang hambar. Tanpa ketahui, si dia mempunyai sisi gelap sama sepertinya.

Rian Lovis, digelar Amedeo. Seorang ejen rahsia di agensi. Dikenali sebagai seorang lelaki yang panjang akalnya di kalangan ejen-ejen, membuatkan mereka sakit kepala jika ada isu yang melibatkan lelaki itu.

“Rian Lovis, Ejen NSA yang paling meletop! Kau patut rasa beruntung dapat aku.” – AMEDEO

Disatukan dengan Amedeo sememangnya mimpi buruk bagi Pearl. Hidupnya tidak pernah tenang semenjak lelaki itu menghantuinya. Tanpa persamaan. Banyak perbezaan. Mampukah mereka bekerjasama sebagai pasangan misi?

“Kau tak payah berlagak sangat boleh tak? Cuba peka dengan sekeliling. Kalau kau mati, aku biarkan aje mayat kau kena makan anjing.” – PEARL

Ada manusia yang mungkin kelihatan polos, tetapi nyatanya ada udang di sebalik batu.

Bermain dengan ular, bisanya boleh membawa maut, bagaiman pula bermain dengan manusia yang tersembunyi?

Realitinya, bukan satu. Bukan dua. Tetapi, tiga orang mastermind di dalam permainan ini. Matlamat yang sama, strategi yang berbeza, mampukah sebuah pengkhianatan terbongkar?

Bagai bulan dan matahari. Bagai langit dan bumi. Bagai api dan bara. Perjalanan yang mengusik kepada kematian.

“I don’t play with fire. But I set the fire.”
Penerbit:
Fajar Pakeer
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
486 Muka Surat