Penerbit: Kaseh Aries
Penulis: Reen Syazreena
Muka Surat: 416
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.295kg
Dimensi (cm): 18cm x 11.5cm x 2.5cm
Perkahwinan di antara Iskandar dengan sahabat baiknya telah
membuatkan Elisa sangat kecewa. Namun dia tetap nekad untuk
mendapatkan Iskandar meskipun dia terpaksa menggunakan cara kotor.
Kemunculan Irman Nadeem setelah lama menghilang, telah
menghuru-harakan hidup Elisa. Setiap rancangannya pasti akan gagal
kerana ulah lelaki itu.
“I tak perlukan kelayakan daripada you untuk berkahwin dengan
Abang Is.”- Elisa
“You tu cuma perempuan yang tak ada maruah.” – Irman
Malangnya perangkap Elisa telah memakan diri sendiri. Dia terjerat
masuk dan terpaksa berkahwin dengan Irman.
“Sanggup pula you nak kahwin dengan perempuan tak ada maruah
macam I ni.” – Elisa.
“Sanggup atau tidak, I perlu bersihkan nama keluarga kita.” – Irman
“I tak setuju dan tak akan pernah setuju!” – Elisa
“You tak ada pilihan, Lisa.” – Irman
Selepas berkahwin, mereka memilih untuk membawa haluan
masing-masing. Sehinggalah kemunculan Airina Jasmine yang telah
membuatkan Elisa memilih untuk melindungi ‘haknya’.
“Walaupun perkahwinan kita ni bukan atas dasar cinta,
I tetap takkan lepaskan you.” – Elisa
“Sekarang ni… you tak nak bercerai sebab you tak sukakan Rina?”
– Irman
Sikap Elisa yang selalu tidak tetap pendirian dan Airina yang masih
mahu menagih cintanya, membuatkan Irman terus berada dalam dilema.
Mampukah Elisa menemui kebahagiaan bersama Irman? Atau benarkah
kebahagiaan tak semestinya memiliki?