Cinta Binari # (L55)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.29 kg
9789671263716
19 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Cinta Binari
ISBN: 9789671263716
Penerbit: Mohamed Bakarudeen
Penulis: Mohamed Bakarudeen Kader
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 212
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.29kg
Dimensi (cm): 21 cm x 14.5 cm x 1 cm
 
SINOPSIS
 
Jwanita adalah pengarah urusan syarikat it ternama di kuala lumpur. Dia adalah gadis muda berusia 23 tahun. Jwanita terpaksa mengambil alih tampuk pengurusan syarikat milik ayahnya setelah ayahnya terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Jwanita sering melepaskan ketegangan di tempat kerja dengan melayari laman sosial. Dia mulai berkenalan dengan seorang pemuda bernama rafie dalam laman sosial. Mereka sering bertukar e-mel. Kedua mereka mempunyai minat dan citarasa yang sama. Jwanita mulai jatuh cinta pada rafie. Jwanita bertemu dengan rafie di pantai batu ferringhi. Rafie dan jwanita mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di pulau pinang. Sebaik pulang dari pulau pinang, jwanita mendapat e-mel ugutan dari rafie. Rafie menghantar gambar mereka bersama di hotel melalui e-mel. Dia mengugut akan menyiarkan gambar mereka bersama di internet selagi jwanita memberinya sejumlah 5 juta ringgit. Jwanita terpaksa membayar pampasan tersebut. Namun jwanita terus diancam dengan tuntutan pampasan berterusan.

Sementara itu jwanita menggunakan program sniffer, program yang boleh memecah kata laluan penghantar e-mel. Jwanita mendapati Emel antaranya dan rafie dibaca ‘orang ketiga’ dan rafie tidak terlibat dalam penghantaran emel ugutan itu. Rafie telah Ditangkap dan dikurung oleh ‘orang ketiga’. Jwanita bersama inspektor haikal mula memasang perangkap dengan mengadakan pertandingan ‘penggodaman beretika’ supaya‘orang ketiga’ yang menangguk di air keruh dapat ditangkap. Setelah menempuh pelbagai ranjau,‘orang ketiga’ yakni Seorang pakar komputer berjaya ditangkap oleh polis. Namun orang ketiga itu menggodam data syarikat tuan murad, rakan jwanita.

Pemeras ugut itu hanya memberikan 5 jam untuk memecah kata laluan dan menyelamatkan syarikat daripada mengalami kerugian yang besar. Inspektor haikal terpaksa melepaskan ‘orang ketiga’ itu dengan balasan ‘orangketiga’ itu akan memberinya kata laluan syarikat. Rafie yang membuat pengajian phd dalam senjata konvensional menggunakan kepakaran membuat senjata konvensional untuk mengaburi Pemeras itu. Rafie berjaya menyelamatkan syarikat dan kembali Ke pangkuan jwanita dengan selamat.
 
 
Penerbit:
Mohamed Bakarudeen
Muka Surat:
212 Muka Surat