===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789670392486
Jumlah Muka Surat: 146
Berat (Kg): 0.16
===========================
Jika anda...
Bakal seorang suami, tetapi andai tidak tahu bagaimana ingin meluahkan apa yang bakal anda persembahkan untuk isteri pasca perkahwinan nanti...
Bakal seorang isteri, tetapi anda tidak tahu apa yang diimpi suami dan apa yang bakal dipenuhinya...
Tunangan orang dan sedang menanti saat bahagia...
Pelajar atau si bujang yang masih keliru tentang ‘Apa Itu Cinta...?’
Suami atau isteri yang bakal melihat adik-adik, saudara, rakan atau anak sendiri untuk bernikah, dan anda ingin memberi sedikit nasihat cinta kepada mereka...
MAKA, buku ini sesuai untuk anda!
Buku ini ibarat coretan rahsia hati seorang lelaki buat bakal isteri. Ia mengisahkan percintaan sebelum dan selepas nikah. Antaranya ialah apa yang sepatutnya ada di dalam sesuatu hubungan hinggalah kepada isu semasa berkaitan perkahwinan serta kekeluargaan yang dianjur Islam... Coretan ini turut disulami dengan kisah-kisah percintaan yang indah, puisi, analogi, madah, ungkapan hadis dan Quran, umpama nasihat seorang bakal suami BUAT BAKAL ISTERI...
Ini coretan hatiku, dan dedikasi ini ditujukan khas buat bakal isteriku...