BTS Sejarah - Budak Takut Subjek Sejarah # (L4)

RM12.00
Price in points: 12 points
Weight: 0.12 kg
9789672865148
20 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: BTS Sejarah - Budak Takut Subjek Sejarah #
ISBN: 9789672865148
Penerbit: Blink Book, Blink Trading
Penulis: NANA SYAZANA & SHASYA ALI
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 106
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.120
Dimensi (cm): 19cm x 12.5cm x 0.5cm
 
SINOPSIS
 

Mira Faizah seorang gadis Melayu yang dilahirkan di UK (United Kingdom bukan Ulu Klang ya!). Dibesarkan dalam slanga mat saleh selama dua tahun sudah cukup membuatkan dirinya bangga seolah diri cucu-cicit Queen Elizabeth II. Baginya UK adalah negara pertamanya. Negara kedua? Malaysia? Oh… bukan. Belum tentu Malaysia mempunyai tempat di hatinya. Mira mengidolakan negara Korea. Negara kelahiran pujaan hatinya, BTS V! Taehyung- The Most Handsome Man in The World!

 

Gadis yang terlampau obsesi dengan BTS ini gembira bukan kepalang apabila sahabat baiknya, Riena Dania dijemput menyaksikan konsert BTS di pawagam! BTS WORLD TOUR Love Yourself in Seoul akan ditayangkan di GBC, Malaysia! Dia adalah orang yang paling riang sekali. Mengimpikan keseronokan konsert bersama sahabat ARMY, si Tik Toker, Riena, membuatkan jiwanya girang menari-nari!

 

Namun, impian bukanlah sesenang itu untuk dikecapi. Mempunyai ayah yang setegas Mat Kilau membuatkan hati Mira kecut perut. Dia pun tidak faham kenapa si ayah begitu keras dengannya. Bila diri memuji kepandaian British membantu orang Melayu keluar daripada kepompong kemiskinan… pastilah ayahnya orang pertama yang teruk membangkang! Jika dia mahu menjadi hijabi yang menari KPOP, abangnya pula mengeluarkan dalil keharaman! Malah lebih lebai daripada si Ustazah Sentap Sekolah Sri Bangsar!

 

Mira menyemat seni kata lagu BTS kegemarannya, “If you can’t fly, then run. Today we will survive. If you can’t run, then walk. Today we will survive. If you can’t walk, then crawl”. Tidak mungkin bagi Mira untuk ke luar negara (apatah lagi ke Korea!) selagi dirinya masih di bawah jagaan si ‘duo-patriarki’. Mira nekad. Ini peluangnya. Dia mesti pergi ke ‘Cinema Concert’ BTS walaupun dengan cara menipu orang tua.

 

Sepandai-pandai tupai melompat, mustahil tidak akan jatuh menyembah bumi. Alasan yang diberikan kepada ayah adalah mahu belajar subjek Sejarah dengan Riena. Subjek yang bosan, tidak menarik dan hanya sekadar untuk mengulit! Si ayah ragu-ragu. Kurang rasa percaya dengan inisiatif sendiri si anak untuk memulai mempelajari Sejarah. Subjek untuk mendidik identiti sesuatu bangsa dan warganegara.

 

Namun melihatkan gred Sejarah GAGAL (satu-satunya pelajar di Sekolah Zara Damansara!) yang terpampang jelas, terpaksalah direlakan juga. Mira dan Riena bertepuk tangan di dalam hati. Sebelum si ayah menyatakan syarat iaitu… wajib si abang, Muhammad Abdullah (nama glamor Muhy) mengikut sama dan menurut serta. Tidak mungkin dua orang gadis keluar tanpa ditemani mahram. Terlalu banyak fitnah. Oh no!

 

‘Seperti keris yang membelah, abangku bernama Muhammad Abdullah!’

 
Penerbit:
Blink Book, Blink Trading
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
106 Muka Surat