ISBN: 9789672437260
Penerbit: Patriots Publishing
Penulis: Ammar Akmal
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 238
Halaman: Hitam Putih & berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.0.245 kg
Dimensi (cm): 19.5 cm x 13 cm x 1.9 cm
Tatkala anda membaca sinopsis ini, barangkali jantung anda sudah berdegup dan berdetak beberapa kali. Bagi setiap degupan tersebut, otot jantung anda sudah mengembang dan menguncup sebanyak degupan jantung anda. Darah anda juga sudah bergerak menderu ke seluruh badan.
Untuk setiap degupan jantung, seluruh anggota dan sistem badan anda perlu bekerjasama, daripada otak hinggalah ke urat kaki, hanya untuk memastikan anda masih sihat dan bernyawa. Ilmu hikmah dalam memahami hal ini, yang merangkumi perkara seperti jantung kita dan seluruh makhluk hidup ialah biologi – ilmu tentang makhluk dan kehidupan. Mungkin ilmu ini dipandang enteng bagi sesetengah orang, tapi apa faedahnya dalam memahami ilmu biologi ini?
Melalui ilmu ini, manusia berjaya menukar baka rumput liar menjadi gandum dan padi, lalu mengatasi masalah ketidakcukupan makanan di zaman purba. Melalui ilmu ini, manusia mampu menjinakkan haiwan liar dan dijadikan haiwan bebanan dan sumber makanan seperti lembu.
Melalui ilmu ini, manusia mampu melawan penyakit berbahaya yang telah meragut jutaan nyawa seperti COVID-19.
Melalui ilmu ini, manusia mampu mengawal dan memerintah alam sebagai sang pemerintah.
Melalui ilmu ini, manusia bukan sahaja belajar tentang hidupan, bahkan juga belajar tentang erti kehidupan.
Demikian itulah resmi ilmu biologi – ilmu tentang makhluk dan kehidupan.