ISBN-13: 978-967-15580-4-1
Tarikh Terbit: Mac 2018
Jumlah Muka Surat: 341
Berat (Kg): 0.376
===========================
Banyak pujian yang telah diungkap oleh ilmuwan-ilmuwan besar untuk Al-Hafiz Ibn Qayyim Al-Jauziyyah ini. Antara mereka yang memuji beliau ialah tokoh-tokoh pengkaji Rijal (rawi hadis) seperti Al-Zahabi ,Ibn Rajab Al-Hanbali, Ibn Nasir Al-Dimsyaqi, Ibn hajar Al- 'Asqalani dan lain-lain. Ibn Hajar Al-'Asqalani dalam Al-Durar Al-kaminah berkata:
"Ibn Qayyim itu banyak bersolat, membaca Al-Quran, baik akhlaknya, sangat penyayang, tidak hasad dan dengki. Aku tidak tahu sesiapa di zamannya yang lebih kuat ibadah daripadanya. Beliau bersolat sangat lama, memanjangkan rukuk dan sujudnya .. apabila selepas solat subuh beliau akan duduk di tempatnya dan berzikir sehingga matahari terbit lalu berkata: "inilah pagiku, jika aku tidak duduk maka bilanglah kekuatanku "