Biar Sembuh Luka Semalam #(BL25,L26)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.32 kg
9789672459460
34 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Biar Sembuh Luka Semalam
ISBN: 9789672459460
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Aidil Ghazali
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 411
Halaman: Hitam Putih
Format: SoftCover
Berat (kg):0.315
Dimensi (cm): 19 cm x 12.5 cm x 2.5 cm
 
 

“Setiap orang ada sebab masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua." 

Satu keputusan yang dibuat oleh Nita mengakibatkan ayahnya lumpuh seumur hidup. Sejak itu, Nita enggan memutuskan apa-apa. Urusan bisnes Bakeri Jalan Tiung bulat-bulat diserahkan kepada pembantu, walaupun dialah pemilik bakeri. Sekecil-kecil urusan pun membuatkan Nita teragak-agak.

Nita, gadis lincah dan pemberani langsung berubah penakut. 

Tanpa sedar, sikapnya mengundang satu per satu masalah. Bakeri makin merugi. Pekerja pula membuat onar. Lebih membingungkan apabila sebuah bakeri baharu yang gah muncul sebagai pesaing.

Ketika semakin buntu, Haris, seorang cef pastri dari Perancis cuba menawarkan bantuan. Kemunculannya memberi sinar harapan kepada Bakeri Jalan Tiung. Namun tidak pada Nita, kerana kepulangan Haris hanyalah menoreh luka lama. 

Semakin dia cuba menghindar, semakin itulah dia harus memutuskan. Sehinggalah dia tersedar bahawa kesilapan bukan untuk ditakuti, tetapi didepani dengan berani.

Quotes Menarik dalam Buku

- "Kadangkala, penawar sebenar bagi masalah dalam hidup adalah lebih ringkas daripada yang kita bayangkan."

- "Setiap orang ada sebab, ada alasan masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dah dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua"

- "Tuhan bekerja dalam rahsia."

- "Jangan hukum seseorang kerana kesilapan lama."

- "Buatlah keputusan yang boleh dibanggakan dan bukan yang buat kita menyesal tak sudah."

 

Penerbit:
Iman Publication
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
411 Muka Surat