ISBN: 9789671471746
Penerbit:Ahlamuna Publication
Penulis: Dr. Majdi Al-Hilali
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama April, 2017
Muka Surat: 62
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.082
Dimensi (cm): 19.9cm x 13.9cm x 0.4cm
Al-Quran, juga disebut di dalam al-quran dengan al-kitab, al-Huda (petunjuk), al-furqan (pemisah haq dan batil), ar-Rahmah, an-Nur (cahaya), ar-ruh,asy-syifa (penyembuh), al-Haq, al-Bayan (penjelasan), al-Mau’izoh (peringatan) dan az-Zikr.
Bagaimanakah kita mendapatkan manfaat dari al-Quran sebagaimana yang disebutkan di atas?
dapatkan jawapannya di dalam buku ini.
=====================================================================
ISI KANDUNGAN
PRAKATA
Muqaddimah
Makna Adalah Tujuan
Tiada Pilihan Selain Tadabbur
Tadabbur ialah Wasilah Bukan Matlamat
Mukjizat Terbesar
Proses Perubahan (Taghyir)
Tanda Mukjizat
Al-Quran dan Jin
Contoh Perubahan disebabkan Al-Quran (Taghyir Qur'ani)
Kenapa Al-Quran Boleh Mengubah Para Sahabat?
Keberkatan Al-Quran
Keadaan Kita Dengan Al-Quran
Keperluan Untuk Kembali Kepada Al-Quran
Bagaimana Kita Boleh Mengambil Manfaat Daripada Al-Quran?
1. Menyibukkan Diri Dengan Al-Quran
2. Menyediakan Suasana yang Sesuai
3. Membaca secara Perlahan-lahan
4. Fokus ketika Membaca
5. Berinteraksi Dengan Ayat-ayat Al-Quran
6. Menjadikan Pengertian Ayat sebagai Tujuan Kita
7. Mengulang-ulang Ayat yang Memberi Kesan kepada Hati
Al-Quran dan Pertambahan Iman
Penutup
=======================================================================
ULASAN
Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat teragung yang kurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk dijadikan panduan kepada semua manusia. Oleh sebab itu, Al-Quran merupakan sesuatu yang sepatutnya dekat dengan mana - mana individu yang bergelar muslim.
Saban tahun, semakin ramai yang meninggalkan Al-Quran. Puncanya adalah pelbagai, ada yang sibuk dengan urusan kerja, ada yang sibuk dengan hiburan dan lain - lain. Apa yang pasti punca kepada punca ini berlaku kerana tidak diterapkan tentang kepentingan Al-Quran sebagai kitab rujukan dan panduan dalam kehidupan. Lantas mereka hanya beranggapan membaca Al-Quran adalah sesuatu yang tidak begitu penting. Tambahan pula mereka cuma menganggap baca Al-Quran hanya untuk dapat pahala ibadat sahaja.
Sebenarnya, pelbagai perkara yang baik-baik dan bermanfaat boleh diambil oleh Al-Quran. Cuma ramai yang tidak mengetahui caranya. Buku "Bagaimana Mengambil Manfaat Dari Al-Quran" terbitan Ahlamuna Publication boleh dijadikan sebagai panduan untuk seluruh muslim yang ingin mendekati dan mengambil manfaat yang terkandung didalam Al-Quran. Buku ini akan menerangkan cara-cara nak mendekatkan diri dengan Al-Quran dan cara memanfaatkannya serta menceritakan perihal tentang Al-Quran bersama sebab kenapa perlunya seseorang muslim itu mendekatkan dirinya Al-Quran. Buku ini memang disyorkan kepada semua muslim untuk baca dan amalkan apa yang disampaikan didalam buku tersebut. Semoga kehidupan kita berada dilandasan yang lurus dan diredhai Allah kerana berusaha mendekatkan diri dengan Al-Quran.
- sumber: H2413