Buku Bagaimana Berinteraksi dengan al-Quran ini merupakan diskusi di antara Syaykh Muhammad Al-Ghazali dengan Ustaz 'Umar Ubayd Hasanah yang penuh kristis dan dengan kepelbagaian isu dalam usaha mereka hendak megambil saripati kesedaran Qur'anik dengan kaedah-kaedah ilmu.
Diskusi ini merupakan Al-Quran dalam skop realiti universal yang berubah dengan kesedaran baru, di samping membincangkan kaedah-kaedah memahami Al-Quran, persoalan penafsiran dan juga hubungan ilmu klasik dengan ilmu moden.
Buku ini belum lengkap tetapi sudah cukup sebagai usaha awal ke arah membetulkan semula beberapa kelemahan yang berhubungan dengan cara-cara kita berinteraksi dengan Al-Quran. Usaha ini merupakan titik mula dalam mengasaskan metodologi islam semasa dan mengajak kaum Muslimin kembali berinteraksi secara betul dengan Al-Quran.