Penerbit: Kaseh Aries
Penulis: Arsya Aisya
Muka Surat: 515
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.370kg
Dimensi (cm): 18.5cm x 11.5cm x 3cm
Mengatur impian untuk bahagia, itu
impian setiap yang berkasih. Melakar yang indah-indah, sentiasa dalam impian.
Namun kerana satu kesilapan, mereka terpisah dan membawa diri.
“Kau nak apa lagi, Ashish? Antara kita
dah tamat!” - Ayesha
“Senangnya Sha buat keputusan. Macam
mana dengan Ash?” - Ashish
Mereka bertemu semula dalam situasi tak
terjangka. Maka bermulalah misi si duda. Tapi Ashish tersilap. Ayesha yang baru
bukan lagi Ayesha yang dulu.
“Kau buat apa di sini?” - Ayesha
“Kasar sangat tu, sayang. Tak sesuai
dengan Ayesha.” - Ashish
Namun antara mereka ada tembok yang menghalang.
Masih ada dua hati yang mengikat. Masih ada simpulan yang belum terlerai.
“I nak teruskan perkahwinan ni, Ayesha.
I nak kita cuba lagi.” - Akid
“Jadilah isteri saya kembali, Ayesha.” -
Ashish
“Sebelum kita pergi lebih jauh, kita
hentikan semua ni.” - Ayesha
Tiga hati yang jelas dan satu hati yang
tersimpan. Shuhada!
“Kenapa abah minta Abang Ash berkahwin
dengan Shu?” - Shuhada
Bukan mudah meleraikan yang tersimpul. Apatah
lagi di saat cemburu mula mencuit hati, ada yang cuba mengambil kesempatan.
Malah hingga melibatkan nyawa.
Apakah masih ada ruang buat mereka
berempat? Ashish yang setia. Akid yang fana. Shuhada yang tersepit. Ayesha yang
memikul beban. Cinta siapa yang berjaya bersatu?