ISBN-13: 9789838616300
Tarikh Terbit: 2014
Jumlah Muka Surat: 128
Berat (Kg): 0.249 kg
Sinopsis
Buku ini yang terdiri daripada 11 bab berkisar tentang kepandaian orang Melayu/Nusantara dalam pelbagai bidang yang menyentuh hal-hal berkaitan kehidupan seharian mereka. Antaranya, bahagian pertama buku ini mengetengahkan kemahiran dalam seni bina dan susun atur dalaman yang bersesuaian dengan keperluan kehidupan dan lingkungan mereka, selain peraturan-peraturan kenegaraan yang dirakamkan bagi memperoleh nilai kehidupan yang lebih baik dan berstruktur.
Selanjutnya, keunikan budaya masyarakat Melayu/Nusantara turut ditampilkan melalui pembentukan kata dan pengujarannya dalam menamakan sesuatu, juga dalam menjaga adab sopan pergaulan yang dizahirkan dalam perjalanan upacara dan adat.
Bahagian kedua buku ini pula menyentuh tentang kepercayaan turun-temurun masyarakat Melayu/Nusantara terhadap perubatan tradisional serta pantang larang berkaitan yang masih menjadi pegangan dan diamalkan sehingga kini.
Antara istilah yang dihuraikan di dalam buku ini:
Upacara Adat dalm Modenisasi
Proses pelaksanaan uparaca adat perkahwinan Batak Toba melalui langkah-langkah atau tahap-tahap yang biasa dilakukan meliputi: mangaririt, manjalo tanda, marhusip, patua hata, marhata sinamot, pesta unjuk, paulak une, tingkir tangga.
1. Mangaririt, maksudnya ialah seorang lelaki meminang seorang perempuan. Cara meminang mungkin secara langsung kepada si perempuan atau melalui perantara. Inti perbicaraan ialah mencari kesepakatan untuk melangsungkan perkahwinan.
2. Manjalo tanda, iaitu saling menukar tanda dilakukan setelah kesepakatan untuk menikah ditetapkan oleh kedua-dua calon pengantin. Acara ini dihadiri anak-anak muda iaitu teman-teman calon pengantin serta utusan kedua-dua keluarga sebagai saksi.
3. Marhusip iaitu acara yang dilangsungkan setelah kedua-dua belah pihak calon pengantin menyampaikan perancangan mereka kepada orang tua kedua-dua belah pihak. Hal ini kemudiannya diikuti dengan mengirim utusan rasmi kedua-dua belah pihak untuk membahas perancangan selanjutnya.
4. Patua hata, iaitu orang tua dan rombongan pihak calon pengantin lelaki secara rasmi datang meminang ke rumah orang tua calon pengantin perempuan yang sudah menunggu bersama rombongannya. Dalam kesempatan ini, diputuskanlah semua bentuk upacara adat yang akan dilaksanakan.
5. Marhata sinamot, iaitu acara untuk memutuskan segala hak dan kewajipan hasuhuton masing-masing. Misalnya, kewajipan pihak paranak membayar jumlah sinamot (wang atau material mas kahwin/ mahar) kepada parboru; kemudian kewajipan parboru untuk memberikan lembaran kain ulos kepada paranak.
6. Pesta unjuk, iaitu pemberkatan nikah kedua-dua pengantin (akad nikah) dilanjutkan dengan pelaksanaan adat yang telah disepakati dalam acara marhata sinamot.
7. Paulak ane, iaitu setelah pesta unjuk selesai, beberapa hari kemudian orang tua pengantin lelaki dan rombongannya datang berkunjung ke besannya, iaitu orang tua pengantin perempuan. Hal ini terjadi kerana pesta unjuk dilaksanakan di kampung orang tua pengantin lelaki. Pertemuan ini adalah untuk menyempurnakan semua upacara yang telah dilakukan.
8. Tingkir tangga, iaitu penutup kepada seluruh upacara adat perkhawinan ertinya orang pengantin perempuan bersama robongannya datang berkunjung ke rumah besannya, iaitu orang tua pengantin laki untuk melihat keadaan hidup mereka, sama ada dalam keadaan susah atau berkecukupan.
(Sumber petikan dimuka surat 66 dan 67)