Format: Paperback
ISBN-13: 9789672158035
Tarikh Terbit: November 2017
Jumlah Muka Surat : 35
Penerbit: ABIM Press
Penterjemah & Disyarahkan oleh: Mohammad Syafiq Ismail
Sinopsis
Tiada perkara yang lebih pasti, buat semua yang bernyawa, bahawa ia akan berakhir. Islam mengajar kita memandang kematian sebagai bukan pengakhiran hakiki, tetapi pengakhiran marhalah, dan umpama pintu, ia membuka permulaan bagi marhalah baharu dalam kehidupan seterusnya, kehidupan Akhirat, yang abadi. Ia positif terhadap seluruh fenomena manusiawi.
Allah, kerana rahmatNya, mengisyaratkan di akhir surah al-Ḥijr, “Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang yakin pasti (berlaku, yakni mati).” Kita bukan hidup untuk mati, tetapi untuk menghayati (hayat-hidup) dunia ini; bahawa kefanaannya bukan untuk disia-siakan, tetapi untuk dimanfaatkan sebaiknya buat kemanusiaan, yang pada masa yang sama juga merupakan persiapan menuju ke Negeri Akhirat.
Wasiat ini, antara pusaka peninggalan Shaykh ῾Izzuddīn bin ῾Abd al-Salām yang terkenal dengan gelar Sulṭān al-῾Ulamā’, selaku peringatan kepada kita yang masih hidup, untuk mengambil iktibar daripadanya dan merenung semula ke mana perjalanan kita sesudah mati, dan sudah bersiapkah kita untuk mengalaminya. Hakikatnya, wasiat ini adalah doa daripada sang hamba yang fana kepada TuhanNya yang Maha Hidup dan Kekal selamanya.
Terjemahan ini disediakan buat sidang pembaca, mengajak bersama merenungkan, perjalanan yang pasti ditempa, seluruh insan.