Al-Tafarrud dan Hubungannya dengan Íllah Menurut Sarjana Hadis # (L5)

RM33.00
Price in points: 33 points
Weight: 0.32 kg
9789674616274
13 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Al-Tafarrud dan Hubungannya dengan Íllah Menurut Sarjana Hadis 
ISBN: 9789674616274
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Mohd Aizul Yaakob & Roshimah Shamsudin
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 169
Halaman: Hitam Putih 

Format: Softcover
Berat (kg): 0.32 kg 
Dimensi (cm): 24 cm x 16.3 cm x 1.1 cm

 

 Sinopsis

 

Buku ini bukan hanya membincangkan salah satu topik yang sangat penting dalam disiplin ilmu hadis, iaitu al-tafarrud yang merujuk kepada hadis-hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja secara bersendirian pada mana-mana tabaqah sanad, bahkan merangkumi kupasan mengenai satu lagi topik yang tidak kurang pentingnya, iaitu ‘ilal al-hadith. Gabungan dua topik ini menjadikan buku ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, apatah lagi dilihat dari sudut kedudukan ilmu ‘ilal al-hadith yang disifatkan sebagai ilmu yang sangat kompleks dan hanya mampu dikuasai oleh tokoh-tokoh hadis tertentu sahaja seperti al-Bukhari.

Justeru, buku ini dapat memberi gambaran yang menyeluruh mengenai konsep al-tafarrud dan hubungannya dengan ‘illah yang terdapat dalam periwayatan hadis berdasarkan pandangan para sarjana hadis sama ada dalam kalangan ulama mutaqaddimin atau muta’akhkhirin. Lebih penting lagi, buku ini turut mengemukakan huraian mengenai manhaj yang digunakan oleh para sarjana hadis dalam menentukan ‘illah bagi hadis-hadis yang diriwayatkan secara al-tafarrud yang merupakan kemuncak perbincangan. Selain itu, buku ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan dalam bidang pengajian hadis, khususnya bagi para pelajar dan pencinta ilmu hadis yang berhasrat untuk meneroka ilmu hadis dengan lebih mendalam.