Al-Quran Untuk Kita # (L2,BL1,PY2)

RM32.00
Price in points: 32 points
Weight: 0.33 kg
9789672459729
8 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Al-Quran Untuk Kita
ISBN: 9789672459729
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Muzuza
Tahun Terbitan: 2023 
Muka Surat: 250
Format: Paperback
Berat (kg): 0.334
Dimensi (cm): 21 x 15cm x 1.5cm
 
SINOPSIS

“Macam mana nak rasa dekat dengan al-Quran?”
“Aku nak sangat faham al-Quran, tapi tak tahu nak mula dari mana.”

Sejak kecil, kita diajar yang al-Quran perlu dihormati dan dijaga, kerana kedudukan kalamullah ini sangat istimewa dalam hati setiap Muslim. Tidak cukup sekadar membaca, menjadi cita-cita tertinggi kita untuk dapat berinteraksi dengan ayat-ayatnya.

Namun ramai berhenti mencuba apabila merasakan ilmu al-Quran terlalu tinggi. Mereka rasa tidak mampu, bahkan rasa tidak layak untuk memahaminya.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mendekati al-Quran?

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Yang menjadikan al-Quran ini istimewa adalah apabila kita sedar bahawa ia petunjuk buat semua manusia-termasuk diri kita. Setiap daripada kita mampu mendekati dan memahaminya, setelah kitamengenali dan mencintainya.

Melalui buku ini, penulis membawa kita menelusuri jalan untuk berkenalan semula, jatuh cinta, dan akhirnya tetap setia bersama al-Quran. Dengan penjelasan menyentuh jiwa, beliau meyakinkan kita bahawa al-Quran itu sememangnya untuk kita.