Aku Seorang Patriot (Q1)

Kandungan di dalam buku ini menggunakan bahasa baku dan lohgat tempatan. Terdapat juga istilah-istilah ketenteraan yang mungkin kedengaran janggal. Pembaca dinasihatkan membaca dengan tenang.
RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.20 kg
9789671539415
Out-of-stock

Pada setiap pembangunan yang berdiri di sekitar kita, pada setiap kejayaan anak-anak kita menggapai ijazah, pada setiap teriakan bayi yang baru lahir mampu menjadi dewasa, sesungguhnya ada mereka yang kisahnya tidak didendang. Seolah-olah seperti terus dibenamkan pada pusara tidak bertanda. 

Selepas darahnya tumpah pada debu, lumpur dan tanah, mereka terus tersembam pada helaian sejarah silam. 

Lantaran kita pula sedang berpusu-pusu menuju kejayaan, tanpa sedetik pun menoleh untuk berterima kasig pada lelaki-lelaki tua itu, yang dulunya pernah membanting tulang empat kerat demi sebuah negara. 

Inilah kisah seorang Patriot, yang perjuangan mereka demi agama, bangsa dan negara! Semoga nanti, biar 1000 tahun penuh bangga sambil berkata. 

"Kejayaan kami tidak akan datang bergolek, tanpa mereka-mereka itu!"

Penerbit:
Patriots Publications
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
172 Muka Surat