93 Teknik dan Adab Menguruskan Perbezaan Pendapat dalam Dakwah (L121,Y48)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.35 kg
978-967-481-859-3
20 pieces
+
Add to wish list

Tajuk : 93 Teknik dan Adab Menguruskan Perbezaan Pendapat dalam Dakwah

ISBN :  978-967-481-859-3

Penerbit : PTS Publishing House

Penulis : Mohamad Zulkifli Abdul Ghani

Muka Surat : 256

Tahun Terbit :2022

Halaman : Hitam Putih

Format : Softcover

Berat (Kg): 0.350kg

Dimensi (Cm) : 15.2cm x 22.8cm x 1.5cm 

========================

SINOPSIS

 

Dakwah bukan hanya tanggungjawab para ustaz dan ustazah, malah kewajipan berdakwah adalah fardu bagi setiap orang Islam.

Namun begitu, lapangan dakwah ini sentiasa dihiasi dengan cabaran menguruskan konflik dan muamalah sesama manusia yang pelbagai kerenah. Kepelbagaian manusia menjadikan perbezaan pendapat (ikhtilaf) sebagai lumrah kehidupan bermasyarakat yang tidak dapat dielakkan.

Sejarah Islam menunjukkan bahawa ikhtilaf sudah wujud zaman berzaman. Namun, umat Islam terdahulu pada zaman Nabi SAW, para sahabat dan tabi’in bijak menguruskan ikhtilaf yang berlaku ke arah pembangunan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Kesatuan menjadi kekuatan dan keutamaan umat Islam pada setiap zaman.

Oleh itu, buku 93 Teknik dan Adab Menguruskan Perbezaan Pendapat dalam Dakwah ini hadir sebagai panduan praktikal menguruskan perbezaan pendapat dalam lapangan dakwah. Buku ini adalah hasil kerjasama yang sah daripada buku Pengurusan Ikhtilaf dalam Dakwah terbitan Penerbit UKM (UKM Press). Semoga usaha ini dapat menyatupadukan umat Islam dalam kepelbagaian.

Penerbit:
PTS Publishing House
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
256 Muka Surat