Tip Kewangan Viral (Z18)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.41 kg
9789830977812
Out-of-stock
Add to wish list

SINOPSIS

 

Sanggup tidak anda jika kena buat begini:

  1. Pergi kerja naik motor, di samping dapat sampai ke tempat kerja lebih awal, anda juga boleh jimat minyak dan tol.
  2. Di tempat kerja, bawa bekal makan tengah hari lagi bagus, siap bawa buah potong dan airfreshoren buatan sendiri. Jimat banyak geng! Kawan pun boleh terliur tengok makanan kita.
  3. Tinggallah sementara waktu dengan keluarga jika dapat kerja berdekatan dengan rumah. Duit yang orang lain buat bayar sewa rumah, kita gantikan sebagai duit poket mak ayah kita. Berkat pun dapat.
  4. Kurang berbelanja sakan, cukup dengan apa yang kita ada. Matlamat kita untuk penuhkan tabungan hingga tercapai impian kita.
  5. Cari pasangan yang cukup memahami tentang kewangan diri dan masa depan bersama. Tidak salah kurangdating. Yang salah bila kita tidak buat cara yang betul dengan halalkan hubungan yang terbina.

 

Sanggup atau tidak, tepuk dada tanya pada diri. Sekatan kewangan ini bukan untuk selama-lamanya tetapi untuk seketika, sementara kita membina mahligai kehidupan yang lebih baik.

Kewangan yang kita bakal bina adalah untuk keluarga kita juga. Fikirkan dari banyak sudut, percayalah anda akan rasa menyesal kerana tidak mula dari awal, sedangkan sudah berapa lama pula masa kita terbuang dengan perkara yang sia-sia.

Masa depan kita tidak tunggu kita untuk bersedia, tetapi kita sendirilah yang kena lebih menghargai masa kita. Anda sudah bersedia? Jom mulakan bina kewangan.

Penerbit:
Galeri Ilmu
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih & Berwarna
Muka Surat:
256 Muka Surat