Semua Untukmu (Q10)

Semua Untukmu
RM22.00
Price in points: 22 points
Weight: 0.37 kg
9789674691110
Out-of-stock
Add to wish list

“Saya takkan lupakan awak. Saya takkan lupakan wajah awak. Saya akan cari awak dulu, sebaik sahaja saya pulang ke Malaysia. Saya janji.” ADI FAKHRI.

“Saya akan tunggu awak balik.” NAJIHAH.

Najihah dan Adi Fakhri bertemu ketika mereka masih di bangku sekolah di Langkawi. Perpisahan terjadi apabila keluarga Adi Fakhri terpaksa berpindah ke luar negara. Najihah yang merupakan anak yatim dan tinggal di Rumah Nur terpaksa ditinggalkan Adi Fakhri dengan hanya satu janji.

Masa berlalu… Kekangan hidup mula merekahkan suatu jarak antara Adi Fakhri dan Najihah. Anak-anak Rumah Nur dipisahkan secara paksa dan Najihah dibawa pergi jauh dari pulau itu. Hidupnya kini bergantung kepada ihsan orang lain, namun dia tetap berpegang kepada janji Adi Fakhri. Janji itulah yang membawanya pulang semula ke Langkawi. Semuanya hanya untuk Adi Fakhri. Lapan tahun berlalu, Adi Fakhri tekad mencari Najihah yang menghilang tanpa jejak. Segala usaha Adi Fakhri menemui jalan buntu. Dalam kemelut kepayahan mencari Najihah, hasrat Adi Fakhri untuk menemui cinta hatinya tidak pernah pudar dan akhirnya pencarian itu membawa Adi Fakhri kembali semula ke Langkawi.

Di sela pencariannya, Adi Fakhri bertemu dengan Airin. Seorang gadis garang yang telah ‘merampas’ Rumah Nur daripadanya. Perseteruan yang bermula pada awal perkenalan mereka mula reda malah Airin dan Adi Fakhri semakin hari semakin rapat.

“Hmmm, betul. Orang kalau dah cantik, pakai tudung saji sekalipun tetap juga cantik.” AIRIN

“La, kenapa tak cakap awal-awal?” ADI FAKHRI

“Cakap apa?” AIRIN

“Kalau saya tahu awal-awal, saya beli tudung saji aje bagi awak pakai.” ADI FAKHRI

Najihah? Adakah ada lagi tempat dalam hati Adi Fakhri untuk dirinya yang sekian lama menyepi? Adi Fakhri? Setiakah dia kepada Najihah yang sudah bertahun tidak ditemui? Airin? Mungkinkah dia yang akan menjadi orang ketiga? Mungkinkah Adi Fakhri, Najihah dan Airin akan bertemu muka dan merungkai semula semua janji dan segala rasa hati? Apakah yang masih berbaki? Apakah rasa cinta, kesetiaan atau pencarian sekian lama akan berakhir dengan suatu pengkhianatan?

Penerbit:
Karya Seni
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih