Percakapan Dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea (Q2)

RM38.00
Price in points: 38 points
Weight: 0.35 kg
9789672165231
Out-of-stock
Add to wish list

Kata Pengantar

 

Saya ingin mengucapkan penghargaan saya kepada semua mereka yang telah membantu saya dalam penyediaan buku “Percakapan Dengan raja ahmad aminullah – Kesetiaan Pada Idea” (Conversations with raja ahmad aminullah – Fidelity To Ideas) ini.

Idea untuk buku ini timbul apabila beberapa orang kawan mencadangkan agar diadakan satu siri wawancara dengan saya. Wawancara atau percakapan itu seharusnya berupaya menggali sudut pemikiran saya bersabit dengan pelbagai isu penting yang menyelebungi masyarakat kita. Antara isu-isu yang difikirkan penting adalah persoalan seni, journalisme dan media, peranan pelajar, intelektual, buku, kebudayaan, generasi muda dan seputar persoalan sosio-budaya dan sosio-politik dalam negara.

Buku ini menghimpunkan percakapan-percakapan yang dikendalikan khusus untuk penerbitan dalam buku ini serta beberapa wawancara pernah dibuat di televisyen dan radio. Usaha ini dimulakan lebih kurang dua setengah tahun yang lalu; saya telah pun menerima maklum balas bahawa satu siri percakapan yang lain harus diadakan selepas ini.

Saya mulakan terima kasih saya pada mereka yang telah sudi meluangkan masa untuk wawancara ataupun dialog dengan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada mereka, Sayed Munawar, Awang Azman Awang Pawi, Sharaad Kuttan, Ahmad Fuad Rahmat, Rohul Adnan, Zikri Rahman, Lee Chui Ling, Benz Ali, Hakim Rahman, Syah Hairizal Kamalul Arifin, Sophia Halim, Wan Mohamad Wasif, Saiful Ridwan, Saufi Jelani, Tofan Rachmat Zaky dan Haniff Baharudin, setinggi-tinggi penghargaan dari saya.

Saya merasa bertuah kerana dapat mengadakan percakapan ataupun conversation dengan mereka yang mahir dalam bidang masing-masing. Profil atau latar belakang mereka cukup rencam: ada golongan mahasiswa, ada ahli akademik, ada aktivis dunia perbukuan dan ilmu, ada aktivis jalanan yang hidup membumi, ada wartawan kanan dan CEO industri perbukuan, ada wartawan radio dan televisyen swasta, ada pengkaji hubungan strategik antara negara serta ada wartawan dari akhbar bisnes.

Latar belakang mereka yang pelbagai ini sudah tentu dicerminkan dalam soalan-soalan atau pandangan yang mereka kemukakan kepada saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Awang Azman Awang Pawi yang sudi memberi kata pendahuluan untuk buku ini. Di samping itu saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Rohul Adnan (lebih dikenali sebagai Mat Kuantum) dan Tofan Rachmat Zaky yang membantu proses pengeditan awal.

Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada sahabat saya Dr A Halim Ali yang sudi membaca manuskrip ini disaat-saat akhir sebelum penerbitan dan memberi komen-komen yang bermanfaat buat saya. Sdr Halim merupakan mantan Profesor Sosiologi yang pernah bertugas di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (menubuhkan Jabatan Sosiologi) dan UNIMAS antara lain.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerja di pejabat saya yang dipimpin oleh Ruzaimah Abdul Latif dan dianggotai pada waktu-waktunya oleh Raja Faridul Atrash, Dayou dan Alia yang semuanya telah membantu dengan bersungguh-sungguh menyiapkan proses ini.

Setinggi-tinggi penghargaan pada penerbit saya saudara Chong Ton Sin (yang lebih dikenali sebagai Pak Chong), Janice yang sabar serta warga kerja Gerak Budaya yang telah bekerja keras untuk menerbitkan buku ini.

Akhir sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada teman hidup saya, Nor Hafizah yang telah berkorban waktu, tenaga serta kehidupannya untuk membolehkan saya bergerak dalam lapangan yang telah dan sedang diceburi dalam perjalanan kehidupan saya yang serba rencam ini. Juga kepada Nadia, Khubayb, Khairul Anwar, Lisa, Nadhil Aqran, Syahira dan Hariz.

Moga buku ini bermanfaat bagi masyarakat dan bangsa kita.

Raja Ahmad Aminullah

Kuala Lumpur

25 Januari 2018

Penerbit:
SIRD
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih