Istiqamah (L96)

Rak: L59
"Ramai orang berkata nak berubah mudah, tetapi nak istiqamah dalam perubahan itu susah. Betulkah? Bagi saya sendiri, kedua-duanya sukar. Berubah sukar, Istiqamah pun sukar. Tetapi istiqamah jauh lebih sukar berbanding berubah. Mengapa?" - Hafizzuddin Afif
RM21.00
Price in points: 21 points
Weight: 0.15 kg
9789672038450
Out-of-stock
=======================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789672038450
Tahun Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 128
Berat (kg): 0.153
Penulis: Hafizzudin Afif
=======================

 Sinopsis : 

Setiap manusia pasti melalui fasa fitrah kembali kepada Tuhan. Menangis memohon taubat dan berjanji untuk taat kepada pemerintah-Nya. 

Namun dalam proses penghijrahan, kita akan diuji dengan ujian sebagai tiket untuk meraih syurga. Hanya mereka yang istiqamah yang layak mendapatkannya, dan mereka yang cepat berputus asa akan jatuh kembali ke lembah dosa. 

Bagaimana ingin istiqamah dalam perubahan?

Jawapannya ada pada buku ini. 

Jangan takut untuk menyahut seruan 'fastaqim' (segera istiqamah) kerana janji Allah benar. 

=====================================

ISI KANDUNGAN

Kunci 1: The Real Fighter!

Kunci 2: Strategi Untuk Istiqamah

Kunci 3: A Step Towards Jannah

Kunci 4: Powerbank Tarbiah

Kunci 5: Harapan Tidak Pernah Sirna

Kunci 6: Motivasi Supaya Istiqamah

Kunci 7: Kau Sado?

Kunci 8: Hokage

Kunci 9: Kal Ho Na Ho

Kunci 10: Keyboard Warrior

Kunci 11: Humble

===========================================

ULASAN 

Istiqamah sememangnya berat dan ramai sudah kecundang sebenarnya kerana tidak tahan lama di laluan istiqamah ini. Namun perkara ini bukanlah suatu perkara yang akan dihukum dengan dosa besar tetapi akan dikira untuk melihat sejauh mana dan sebaik mana nilai amalan yang kita telah lakukan.

Walaupun ramai yang hanyut, ada juga yang bersusah payah berenang kembali ke permukaan demi mencapai keredaan Ilahi. Buat yang sedang berjuang itu, kadang kala kita akan berasa letih. Dan salah satu cara yang dapat mengembalikan semangat untuk sentiasa kekal dijalan istiqamah, boleh jadikan buku "Istiqamah" hasil penulisan saudara Hafizzuddin Afif ini sebagai bekalan tambahan disepanjang liku - liku laluan istiqamah.

Buku memberitahu kepada para pembaca tentang cara - cara yang sebetulnya untuk sentiasa istiqamah. Disamping itu, di muatkan sekali dengan sedikit kisah - kisah yang berkaitan yang mampu menguatkan lagi penyampaian mesej didalam buku ini agar ianya menjadi suatu yang mudah dihadam dalam jiwa dan dikukuhkan lagi dengan petikan-petikan Hadith dan ayat-ayat Al-Quran.

Buku ini juga boleh dijadikan sebagai bacaan yang ringan kerana penyampaian mesej didalam buku ini adalah gaya santai dan ayat - ayat yang digunakan tidak berat. Buku ini memang sesuai di baca oleh umum berdasarkan perkara-perkara yang telah pengulas sebutkan sebentar tadi dan ianya kecil, nipis serta ringan. Mudah dibawa kemana-mana untuk dibaca sementara menunggu sesuatu untuk tiba kepada anda.

-sumber:H2413

Penerbit:
MustRead sdn. bhd.
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
128 Muka Surat
Rak:
L59