Umat Islam Menghadapi Tentangan Kristianisasi & Sekularisasi (C146,L225)

RM9.00
Weight: 0.13 kg
9789833707232
1 pieces
+

===========================
Format: 
Paperback

ISBN-13: 9789833707232

Jumlah Muka Surat: 83

Saiz : 20.5cm x 14.5cm

Penulis:  Prof Dr. Hamka

===========================

Hamka lahir pada 17 Februari 1908, di Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta . Nama sebenar Hamka ialah, Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di Rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraanm, penulisan kreatif dan profilik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam tersohor.

Di tanah air kita, sudah jelas ada perebutan pengaruh agama sejak zaman penjajahan sampai zaman merdeka. Dengan berakhirnya penjajahan, timbullah semangat baru umat Islam kerana merdeka. Lantaran itu tdak hairan kalau kristian merasa terancam. Kedudukan mereka pada zaman jajahan sebagai "Anak Emas" pemerintah kolonial sekarang telah sama rata dengan umat Islam. Dan kian hari jumlah anak-anak Islam yang patut disebut sarjana intelektual makin bertambah dengan pesatnya. Sebab itu yang lebih cemas melihat ini, bukanlah orang kristian anak negeri, teman sebangsa kita melainkan negara-negara Barat. Mereka cemas kalau-kalau yang mereka tanamkan selama ini akan layu dengan kebangkitan Islam. Maka tidak hairanlah jika sekarang negara-negara Barat dengan cara Legal atau Illegal memberikan bantuan kepada kristian di sini. Yang membantu sekarang berlipat-ganda daripada masa jajahan.