Temubual Jootawan (L159)

RM44.90
Price in points: 45 points
Weight: 0.34 kg
978-967-11103-2-4
5 pieces
+

========================

ISBN : 978-967-11103-2-4

MKS : 260

=======================

 

Buku ini menghimpun 12 temubual bersama-sama ikon Majalah Online Jootawan pada tahun 2012. Dalam himpunan temubual ini, kami bongkarkan rahsiarahsia Jootawan, bagaimana mereka berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi dan sukai. 

Cipta kejayaan untuk diri sendiri dan keluarga. Kejayaan mereka bermula dari keluarga. Mereka menjadi Jootawan kerana ingin membantu ibu, bapa dan adik-beradiknya. Dan, mereka juga menjadi Jootawan atas dorongan dari keluarga. Semuanya bermula dari keluarga. 

Lakukan pengorbanan sebagai langkah pertama menuju kejayaan. Tanpa pengorbanan, kita tidak mampu melangkah lebih jauh. Kita masih berada di takuk yang lama. Pengorbanan bukan sahaja berkorban masa dan tenaga. Tetapi juga, pengorbanan merangkumi minat dan kesungguhan kita melakukan sesuatu sehingga berjaya.

Tanpa minat dan kesungguhan, kejayaan yang kita impikan untuk menjadi Jootawan akan menjadi lambat dan terbantut. Tanpa kesungguhan, mungkin kita akan berhenti di pertengahan jalan dan mungkin tidak akan meneruskan perjalanan menuju Jootawan. 

Buku ini mudah di baca dan difahami, penggunaan bahasa yang ringkas dan padat juga dapat membantu pembaca untuk memahami kandungan yang disampaikan di dalam buku Temubual Jootawan ini dan diharapkan pembaca dapat menjadikan ia kunci kejayaan.