Sayangku Hana (C146,L226)

Rak: L226
RM27.00
Price in points: 27 points
Weight: 0.48 kg
978-967-2137-16-0
Out-of-stock

===================================

Format : Kulit Nipis

No. ISBN : 978-967-2137-16-0

Penerbit : Idea Kreatif

Jumlah Halaman : 606 halaman

Berat : 0.480 kg

====================================

Dari dulu, Aiman memang suka anak Pak Salim, jiran sebelah rumah emaknya di kampung. Tapi untuk meluahkan, dia tidak pernah yakin diri. Apabila berdepan dengan gadis itu, selalunya ayat puaka yang keluar dari mulutnya.

Kebetulan yang tidak disangka, apabila mula kerja dan tinggal di bandar, jiran sebelah rumah juga orang yang sama.

Hana duduk dekat rumah sebelah ni. Abang baru pindah sini ke?” – Hana

Hidup aku ni memang kena berjiran dengan kau sampai mati ke?” Aiman

Pada Hana, mulut puaka Aiman itu memanglah menyakitkan hati tapi dia tidak boleh hendak buat tidak endah saja dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi bila dia dibuli oleh teman serumah, Aimanlah yang membantunya. Lagipun, Aiman itu memang sudah lama melekat di hatinya.

Peristiwa hitam Hana hampir dirogol rakan sekuliah menjadi titik tolak Aiman melangkah lebih jauh. Dia berjanji mahu menjaga Hana dan melamar Hana dengan alasan yang sama. Tapi syarat yang diberi oleh orang tua mereka, Hana tidak boleh mengandung sehingga habis belajar.

Tinggal sebumbung bila sudah halal, mana mungkin mampu bertahan lebih-lebih lagi bila di hati masing-masing memang sudah lama wujud rasa cinta.

Masalah timbul bila Hana mengandung, masing-masing takut mahu memberitahu keluarga. Lebih bermasalah lagi apabila timbul salah faham akibat daripada tidak berterus terang tentang perasaan masing-masing.

Abang… sayang Hana ke?” – Hana

Aku sayang kau.” – Aiman

Tak. Abang sayang anak abang aje. Sebab tu abang layan Hana baik.” – Hana

Sampai bilakah mereka akan hidup dalam teka-teki tentang perasaan masing-masing? Apa akan jadi apabila keluarga tahu Hana mengandung?

Penerbit:
Idea Kreatif
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
606 Muka Surat
Rak:
L226