Psikologi Rasulullah s.a.w Dalam Berinteraksi Dengan Masyarakat (C278)

RM19.00
Price in points: 19 points
Weight: 0.67 kg 
9789675274343
10 pieces
+
======================================================
Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 9789675274343
Tahun Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 282
Berat (kg): 0.671
Penulis: Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
Penerbit: Al-Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd.
======================================================
 
Sinopsis
 
Buku ini membicarakan persoalan Psikologi Rasulullah SAW, yang dibahaskan berdasarkan kepada nas al-Quran dan al Sunnah bersertakan dengan contoh-contohnya sekali. Sebenarnya kalau dikaji nas al quran, as-Sunnah, buku-buku tafsir hadis, sunah dan juga sejarah, didapati baginda telahpun menggunakan berbagai bagai bentuk psikologi di dalam berinteraksi dengan masyarakat, termasuk musuh baginda sendiri. Inilah rahsia kejayaan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah islam ke seluruh pelusuk tanah Arab, Baginda menggunakan psikologi ketika berinteraksi dengan kanak-kanak, isteri, anak-anak, pasangan suami isteri orang-orang Islam yang melakukan kesalahan, orang-orang bukan Islam yang bermasalah, para sahabat, yang menjadi jiran tetangga dan bukan jiran tetangga dan juga di dalam berhadapan dengan perwakilan asing dan juga orang-orang luar, samada yang telah memeluk Islam mahupun yang belum memeluk Islam. Kebanyakan interaksi baginda adalah secara berhikmah, lemah lembut dan bertolerarsi. Ketika berhadapan dengan Maharaja Hercu sahaja, baginda terpaksa mengambil sikap yang keras dan tegas, kerana sikap boneka maharaja itu iaitu Syurahbil Bin Amru al-Ghassani bertindak membunuh utusan baginda yang diutuskan untuk menyeru raja itu ke lslam.Tindakan membunuh utusan adalah satu perbuatan biadab, berdasarkan kepada amalan politik antara bangsa. Buku ini bertujuan antara lain membuka minda umat blam di negara kita, tentang psikologi nabi Muhammad dalam berinteraksi dengan masyarakat agar mereka turut menggunakan pendekatan psikologi di dalam berinteraksi dengan masyarakat, samada yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. la satu perkara yang mesti dilakukan oleh semua pihak, demi mengekalkan perpaduan ummah dan melihat pembangunan negara terus berjalan lancar di dalam berbagai-bagai bidang. Buku ini amat baik untuk dijadikan rujukan oleh umat Islam, dari semua lapisan masyarakat seperti pelajar, ibu bapa, pensyarah, pegawai agama, mufti, kadi, guru-guru agama dan pakar-pakar motivasi, guru-guru kuanseling dan lain-lain. Perbahasannya cukup menarik kerana melibatkan nas nas Quran, al Sunnah, logik dan juga ulasan-ulasan terdahulu.