Langkah-Langkah Mendekati Ilahi: Sharah Al-Hikam Ibn Ataillah Al-Sakandari (C89)

Rak: L83
RM35.00
Price in points: 35 POINTS
Weight: 0.33 kg 
Weight: 0.33 kg
9789672158042
1 pieces
+

Langkah-Langkah Mendekati Ilahi: Sharaḥ al-Ḥikam Ibn ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī

Penulis: Dr. Jasser Auda

Penterjemah: Muhammad Suhaimi

Terbitan: ABIM Press
ISBN: 978-967-2158-04-2
Bil. Muka Surat: 186 muka surat (tidak termasuk kata pengantar)
Harga: RM 35.00

Sememangnya karya seumpama Sharaḥ al-Ḥikam Ibn ‘Aṭā’illāh dengan pendekatan kontemporari ini amat dinantikan oleh ummah secara umumnya buat memahami persoalan yang berkait khusus berkenaan sudut amalan jiwa dalam membina struktur masyarakat yang shari‘atik, berfungsi baik dan stabil, malah faham yang benar tentang peranan hati dalam beragama dan beragama malahan juga pelengkap kepada pembinaan keagungan sesuatu bangsa, kerana hati, jiwa dan roh adalah elemen yang menjadi prasyarat kepada konsistensi dan kualiti sesuatu kerja. 

 
Perbahasan buku ini juga bertujuan memberikan sumbangan kepada skop ijtihād maqāṣid, melalui tafakur terhadap makna-makna dan maksud-maksud sebahagian sifat Allah ‘azza wa jallā dengan kaedah syarah yang diselarikan dengan sebahagian kata-kata hikmah al-Imām Ibn ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī – raḥimahullāh – yang dinukilkan dalam magnum opusnya – al-Ḥikam. 
 
Justeru, terjemahan buku ini diusahakan, daripada syarahan asal oleh Dr. Jasser Auda, Journey to God: Reflections on the Words of Wisdom of Ibn Ataa‘ bagi melihat sisi Maqasid Shari‘ah yang bersangkutan dengan jiwa ini diekspresikan dalam Bahasa Melayu agar ia dapat memberikan manfaat kepada khalayak yang lebih besar di Malaysia. 
Penerbit:
ABIM
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
186 Muka Surat
Rak:
L83