Bila Allah Menduga Kita (Edisi Kemaskini) (L101)

RM26.00
Price in points: 26 points
Weight: 0.30 kg
9789672038436
5 pieces
+

ISBN Code:9789672038436
Format:Paperback
By (Author):Syed Alwi Alatas
Publisher:Must Read

=================================

SINOPSIS

Pernahkah anda menghadapi masalah dalam hidup? Sudah tentu pernah, bukan? Tidak ada seorang pun yang terkecuali daripada menghadapi masalah dalam hidupnya. Adakah sesiapa antara kita yang sepanjang hidupnya tidak pernah menghadapi masalah?

Adakah anda pernah menghadapi ujian yang sangat sukar dalam hidup anda? Mengapa ujian serta masalah yang sukar mesti menimpa kehidupan kita? Bagaimanakah caranya untuk kita tetap bertahan dalam menghadapi situasi seperti itu?

Kita sering mengeluh dan marah apabila ada kejadian menyakitkan yang menimpa diri kita. Betapa kita enggan menerima dugaan yang datang, sedangkan nikmat yang ada jauh lebih banyak. Secara sedar atau tidak, kita sering berprasangka buruk terhadap Allah SWT kerana kesukaran yang kita alami. NAmun, adakah sikap ini memberi kebaikan kepada kita dan membuat keadaan kita menjadi lebih baik?

Maka, bukanlah masalah yang menjadi persoalannya, tetapi sikap kita dalam menghadapinya. Buku Bila Allah Menduga Kita menjelaskan secara terperinci apakah jalan penyelesaian yang diberikan oleh Islam terhadap masalah hidup. Ada banyak pelajaran yang akan membuat kita bahagia dan membantu kita meraih keuntungan dalam kehidupan ini. 

Jangan berhenti membaca, sebaliknya fahamilah dengan baik dan amalkan apa yang akan anda pelajari dalam buku ini. Mudah-mudahan kita semua dapat mengatasi pelbagai dugaan dalam hidup kita.

Penerbit:
MUST READ SDN BHD
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
265 Muka Surat